Quantcast
Channel: Blog eSempoi.com | Hidup biar sempoi » Personaliti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Anne Ngasri sah jadi isteri Sumali

$
0
0

Pelakon Anne Ngasri dan pasangannya Mohd. Sumali Reduan akhirnya sah menjadi suami isteri selepas selamat diijabkabulkan oleh Kadi Daerah Segamat, Abdul Mutalib Abdul Rahim tepat pukul 11.10 pagi semalam.

Mas kahwinnya ialah sebanyak RM22.50 dan seutas gelang tangan emas. Sumali Reduan menerima nikah dengan sekali lafaz sahaja.

Majlis perkahwinan Anne Ngasri dan Sumali Reduan diadakan di Homestay Citra, Kampung Parit Pinang, Benut, Pontian, Johor semalam.

Pada majlis itu, pengantin bertukar-tukar hantaran iaitu lima dulang daripada Mohd. Sumali dan Anne juga membalas dengan lima dulang hantaran. Wang hantaran pula berjumlah RM11, 111.11.

Sebelum ini Mohd. Sumali, 40, telah menduda sejak tiga tahun lalu dan Anne janda selepas bercerai dengan bekas suaminya Abdul Wafi Hassan pada tahun 2010.

ne 02.13 Anne Ngasri sah jadi isteri Sumali
Gambar Anne Ngasri dan Mohd. Sumali ketika Majlis perkahwinan mereka semalam. – foto Kosmo


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Trending Articles