Quantcast
Channel: Blog eSempoi.com | Hidup biar sempoi » Personaliti
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Kumpulan Nasyid Ameng Spring Muncul Johan Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2012

$
0
0

Dilaporkan Kumpulan Nasyid Ameng Spring iaitu Kumpulan Voices of Prison telah muncul Johan Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2012 di Penjara Pengkalan Chepa semalam.

Ameng  dan 4 lagi rakan banduan mewakili Penjara Kluang Johor berjaya menewaskan 11 kumpulan nasyid lain menerusi lagu Insafi Diri dan mereka menerima hadiah piala pusingan dan senaskhah Al-Quran.

Kumpulan nasyid dari Penjara Kajang Selangor pula muncul naib Johan dan  Sekolah Henry Gurney, Melaka ditempat ketiga.

“Tahun lalu, Penjara Kluang hanya meraih tempat ketiga, sasaran kami untuk kali ini ialah naib juara. Namun nasib menyebelahi kami apabila dinobatkan selaku juara dan ini merupakan kali pertama Penjara Kluang mengungguli pertandingan nasyid,” kata Ameng Spring.

ameng Kumpulan Nasyid Ameng Spring Muncul Johan Pertandingan Nasyid Ke 6 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2012
(Gambar 4 dari kanan) Ameng ketika beramah mesra dengan pegawai penjara. – foto kosmo.com.my


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Latest Images