Dilaporkan Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor telah mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai rakyat Malaysia tertua berjaya sampai di kaki Everest Base Camp (EBC) setinggi 5,365 meter dari aras laut.
Kejayaan Tan Sri Dr. Salleh, 72 ini berjaya dilakarkan pada pukul 10.50 pagi waktu Nepal 12 November 2012 yang lepas, selepas mengharungi perjalanan selama 8 hari dalam usahanya itu.
Gambar Salleh di Everest Base Camp baru-baru ini. Kuasa Usaha Sementara Malaysia di Kathmandu, Nepal telah mengesahkan kejayaan Salleh ini. kredit kosmo